HIKMAH KEJADIAN LELAKI DAN PEREMPUAN....




Allah menciptakan manusia daripada daripada lelaki dan perempuan. Kaum wanita pula dikatakan tercipta daripada kaum lelaki. Allah menyebutkan Hawa berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam.

Firman Allah: … “dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” An-Ni
saa: 5,

Sabda Rasulullah: “Berwasiatlah kamu kepada wanita dengan wasiat yang baik kerana wanita dicptakan dari tulang rusuk…”

Ini bermaksud bahawa wanita itu adalah kaum yang perlu diberi peringatan dengan penuh hikmah dan perlu berhati-hati agar segala kekurangan mereka dapat diperbetulkan. Allah menciptakan manusia daripada daripada lelaki dan perempuan. Kaum wanita pula dikatakan tercipta daripada kaum lelaki. Allah menyebutkan Hawa berasal daripada tulang rusuk Nabi Adam.

Firman Allah: … “dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (Hawa), dan daripada kedua-duanya Allah mengembang biakkan lelaki dan perempuan yang ramai.” An-Nisaa: 5,

Sabda Rasulullah: “Berwasiatlah kamu kepada wanita dengan wasiat yang baik kerana wanita dicptakan dari tulang rusuk…”

Atas dasar ini, lelaki lebih sesuai sebagai pelindung dan pemimpin kepada wanita dalam setiap hal dan perkara. Tidaklah Allah menjadikan keperkasaan lelaki itu satu kebetulan kecuali dengan hikmah yang telah ditetapkan-Nya. Berbeza dengan kaum lelaki, wanita tidak mempunyai tanggungjawab seberat kaum lelaki. Kaum lelaki dipertangungjawabkan ke atas keluarga dari segi agama dan perlu memimpin keluarga ke arah jalan yang diredhai Allah. Kegagalan atau tidak melakukan apa-apa dalam membimbing atau menegur ahli keluarga, maka lelaki tersebut akan dipertanggungjawabkah di hari akhirat kelak. Malah, kaum wanita hanya perlu megharapkan keredhaan suami sahaja selain daripada perlu menunaikan kewajipan Allah seperti solat lima waktu, puasa dan lain-lain, maka mereka akan masuk syurga dengan izin Allah.

Jelas daripada perbezaan kejadian manusia, golongan lelaki dan perempuan saling melengkapi dan memerlukan antara satu sama lain. Golongan lelaki yang secara fitrahnya mempunyai fizikal yang kuat dapat membantu kaum wanita yang lemah, begitu juga wanita yang mempunyai perawakan yang lembut pastinya dapat memberikan ketenangan kepada kaum lelaki (suami). Saling mempunyai tarikan antara satu sama lain. Dengan fizikal wanita yang mempunyai susuk tubuh yang bersesuaian dengan kelembutan wanita, lelaki dengan maskulin-nya. Pastinya wanita yang sejati tidak gemar kepada lelaki yang ‘lembut’, begitu juga dengan lelaki tidak suka kepada wanita yang ingin menjadi seperti ‘lelaki’. Bayangkan dapat isteri yang punya susuk tubuh seperti Arnold Schwarzenegger atau Stallone?Memberi hiburan dan keseronokan kepada kedua-duanya. Pastinya ini dalam lingkungan perkahwinan. Selain dengan tujuan menambahkan keturunan bagi tujuan kemakmuran dunia.