Kisah bapaku kejam




Bapaku Kejam...
Mungkin tajuk di atas agak panas bukan... apepun ikutilah sedikit sebanyak kisah kekejaman abah aku...

Kekejaman pertama: mak sedang mengerang kesakitan utk melahirkan aku, abah nampak rilek jea... keluar jea, teros dia azan dekat telinga aku...then aku nangis kuat-kuat, abah tersenyum jea... xda pun nak nangis sama-sama... kejam betol abah aku kan...

Kekejaman kedua: nie masa aku umur 3 tahun, aq tgk kawan aku beli mainan kt kedai, aku pn nak la, ala murah je kot... x sampai rm10 pon... pastu x pasal2 aku kena marah... ala law kumpul seorg seringgit adik beradik aku pon da ckop rm12...kejam betol abah aku kan...

Kekejaman ketiga: nie masa aku umur 5 or 6 taun, aku x berapa igt, tapi masa tu abah aku naik bas balik kerja, so macam rutin harian aku kejar la die kt simpang rumah aku tu,nk tolong agkat beg la katakan, ntah macamane la leh tersadung kaki pastu jatoh... abah gelak jea... xda pon tolong agkat, die kata anak laki kena belaja bangun sendiri... kejam betol abah aku kan...

Aura lagu Teman Pengganti nyanyian Black ft Malik




Sejak kebelakangan ni, aku rasa makin menjadi-jadi pulak aura lagu teman pengganti ni. Mana-mana aku pergi mesti ada je yang nyanyi lagu ni, law tak nyanyi pun ada yang wt call ringtone or message ringtone. Tapi pandangan peribadi aku sendiri la an, lagu ni mang THE BEST. Dia bukan sebab lagu ni je best, tp sbb penyanyi dia pun best gak iaitu BLACK. 


Aku salah seorang peminat black. Pada aku dia ni seorang penyanyi yang bagus n tak sombong. Kalau korg perasanla an, dia ble ad show kat mana2 dy mst akn turun dari pentas n nyanyi sama2 dengan penonton. And dia jugak sorg yg murah dengan senyuman. Dari segi nyanyian  pulak aku rasa, dia adalah satu2nyer penyanyi yang mmpunyai sore rock, tp bile dia tarik pitch yg tggi vokal dy lgsg xlari...tol x??...itu just pandangan je la an,xtaula pndgn korg cmne..

Perkara-perkara yang boleh merosakkan otak..




1. Tidak mengambil sarapan pagi
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
 Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
 Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh menga kibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
 Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

Pengislaman Neil Amstrong selama ini adalah palsu!!!


Neil Armstrong, orang pertama yang berjaya menjejak kaki di bulan meninggal pada usia 82 tahun pada tanggal 25 Ogos 2012. Beberapa minggu lalu, Armstrong ada menjalani pembedahan jantung. Berdasarkan Yahoo News, mendiang dipercayai meninggal akibat komplikasi dari pembedahan tersebut. Wira yang memang memecah tradisi sains pada eranya ini memang akan menjadi satu lagi tanda pada sejarah dunia.
Umat Islam, pastinya merasakan satu persoalan cliche, adakah Neil Amstrong ini muslim? Atau adakah pendaratan di bulan itu benar atau sekadar penipuan? Jawapannya sudah aku duga lama. Sedih melihat ada yang percaya. Teliti artikel ini dan percayalah wahai muslimin, anda semua sudah ditipu dengan cerita pengislaman Neil Armstrong.

Vivian White, pembantu kepada Neil Armstrong menafikan kenyataan Neil memeluk islam dengan menyatakan bahawa "... beberapa penulis di Malaysia, Indonesia dan beberapa negara menulis laporan ini tanpa pengesahan. Kami memohon maaf tentang artikel tersebut." Namun, artikel ini tidak pernah menjadi bahan search Google kerana pembaca di Malaysia khasnya terlalu gembira dan bersyukurnya Neil Armstrong 'memeluk Islam' dan hanya menyebarkan risalah itu tanpa mengetahui sahih atau tidak.

Cerita ini sebenarnya bermula pada tahun 1996. Dari mana sumber cerita ini tidaklah diketahui, namun, jelasnya, berita Neil Armstrong peluk Islam telah mula tersebar di radio pada tahun itu atas kejahilan manusia yang tidak tahu bahawa ada dua insan bernama Armstrong di dunia ini. Pertamanya, adalah Neil Armstrong si angkasawan. Keduanya, Louis Armstrong si penyanyi jazz. Maka, dengan hanya nama Armstrong, cerita itu mula berantai rantai ditokok tambah.

Enam pesanan Imam Al-Ghazali kepada anak muridnya.




Ketika Imam Al-Ghazali sedang menyampaikan ilmiah kepada anak-anak muridnya, beliau telah bertanyakan enam soalan kepada mereka. Apakah soalan tersebut ?

Imam Al-Ghazali terkenal sebagai ulama besar yang tekun mempelajari ilmu tasawwuf di akhir hidupnya dan karya besarnya berjudul Ihya Ulumuddin menerangkan keutamaan sifat tawaduk dalam hidup manusia. Iman Al Ghazali bertanyakan enam soalan kepada muridnya untuk mendapatkan pandangan mereka dan soalan penting itu ialah:

Hubungan Rajagobal dan Kim Swee dingin??



CERITA kononnya hubungan antara dua watak penting dalam skuad bola sepak negara, Datuk K. Rajagobal dan Ong Kim Swee (gambar) yang dikatakan ‘tersulam dingin’ sebelum ini ternyata tidak berasas. Semalam, Kim Swee menegaskan, beliau sentiasa menghormati kredibiliti Rajagobal sebagai jurulatih skuad kebangsaan.
Sebelum ini, spekulasi itu dilihat rancak meniti di bibir segelintir pemerhati bola sepak tempatan ekoran lima pemain Harimau Muda – Izham Tarmizi Roslan, Gary Steven Robbat, Zubir Azmi, Mohd. Fadhli Shas dan Wan Zack Haikal Wan Noor – dipanggil Rajagobal menyertai 33 pelatih lain di Wisma FAM, Jumaat ini. Ia sebagai persiapan awal Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Hong Kong pada 16 Oktober depan.

Khidmat Nazmi ditagih Kim Swee..




KHIDMAT pemain kelab Portugal, S C Beira-Mar, Muhamad Nazmi Faiz Mansor mungkin diperlukan Ong Kim Swee yang kini berdepan masalah memantapkan bahagian tengah skuad bawah 21 tahun negara (B-21) bagi mengharungi kejohanan VFF Newspaper Cup 2012 di Gia Lai, Vietnam 11 Oktober ini.

Selepas tidak dapat menggunakan khidmat kapten, Mohd Irfan Fazail yang terpaksa berehat hampir lima minggu serta Gary Steven Robbart yang dipanggil menjalani latihan pusat bersama skuad kebangsaan, Kim Swee kini kekurangan pemain perancang di bahagian tengah.

Bagaimanapun peluang untuk memanggil Nazmi yang menyertai S C Beira-Mar Julai lalu dan kini beraksi bersama skuad B-19 kelab itu pulang ke tanah air masih belum dipastikan. “Saya akan menghubungi Nazmi esok (hari ini) untuk mengetahui program dia bersama kelab, saya bercadang untuk menyenaraikan Nazmi dalam skuad jika mendapat pelepasan kelab itu. “Memang saya kini berdepan masalah untuk mengisi pemain di bahagian tengah kerana ketiadaan Irfan dan Gary. Saya memerlukan pemain yang berpengalaman beraksi dalam kejohanan antarabangsa,” katanya.


Hikmah di sebalik minum air sambil duduk




Kenapa kita selalu di sarankan agar minum duduk??kenapa xboleh berdiri??ini sebabnya....


Dalam hadis disebutkan “janganlah kamu minum sambil berdiri”. Dari segi kesihatan. Air yang masuk dengan cara duduk akan disaring oleh sfinger. Sfinger adalah suatu struktur muskuler (berotot) yang boleh membuka (sehingga air kencing boleh keluar) dan menutup.



Setiap air yang kita minum akan disalurkan pada ‘pos-pos’ penyaringan yang berada di ginjal. Jika kita minum sambil berdiri. Air yang kita minum automatik masuk tanpa disaring lagi. Terus menuju kandungan air kencing. Ketika menuju kandungan air kencing itu terjadi pengendapan di saluran sepanjang perjalanan (ureter). Kerana banyak sisa-sisa yang melekat di ureter inilah awal mula munculnya bencana. Benar, penyakit kristal ginjal. Salah satu penyakit ginjal yang sungguh berbahaya.Disyaki akibat susah kencing, jelas perkara ini berhubungan dengan saluran yang sedikit demi sedikit tersumbat tadi.


Cara nak share internet dgn org len dengan menggunakan broadband...



Aku tau mesti ada di kalangan korg yg jeles ble ad mmber2 yg pky bb then on9 sndr je an,so pasni korg ckp dgn dyowg jgn kdkt sgt la an,korg mnx la share skt internet ue..so pd yg xtau ue cmne nk share,l,korg blh ikot guideline yg aq bg kt bwh ni,simpe je...

1)korg click kt open network and sharing center.
2)click kt set up a new connection or network
3)plih kt computer to computer a.k.a adhoc then click next
4)korg wtla nme pape tok wirelan ue,lw korg nk ltak psword pn blh
lw tkot org len connect skali then click next
5)lw dy ad kuar "turn on internet sharing",korg click je bnd ue,then
settle...
6)Done!!!!korg da blh mle menghabiskan kuota bb mmber2 korg
ue...selamat mencuba:)

Kematian Muammar Gadafi(pemimpin libya) adalah disebabkan agent perancis,adakah benar??





PARIS: Seorang anggota perisik Perancis yang bertindak atas arahan Presiden Nicolas Sarkozy disyaki membunuh bekas pemimpin Libya, Muammar Gaddafi.



Dia didakwa menyusup masuk ke dalam kumpulan yang menahan Gaddafi tahun lalu sebelum menembaknya di kepala. Motifnya, menurut sumber di Libya ialah untuk menghalang Gaddafi daripada disiasat mengenai hubungan rapatnya dengan Sarkozy, Presiden Perancis ketika itu.



Bekas pemimpin Barat lain, termasuk Perdana Menteri Britain, Tony Blair, juga rapat dengan pemimpin Libya itu.

Dia sering mengunjungi mereka dan membantu untuk memudahkan urusan perniagaan berjumlah berbilion dolar.
Sarkozy yang pernah menyambut Gaddafi sebagai ‘saudara pemimpin’ ketika lawatan pemimpin Libya itu ke Paris, dikatakan menerima jutaan dolar daripadanya untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007.


Teori konspirasi itu sudah pasti menjadi kebimbangan besar kepada Britain yang mengerahkan jet untuk mengebom Libya tahun lalu dengan matlamat ‘untuk menyelamatkan orang awam.’ Mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang membenarkan serangan itu dengan jelas menyatakan, Barat tidak boleh mencampuri urusan dalaman Libya.



Sebaliknya, pengeboman hampir setiap hari itu berakhir dengan penggulingan Gaddafi sementara penasihat tentera Perancis dan Britain dikatakan membantu pemberontak Libya di darat. Mahmoud Jibril yang menjadi Perdana Menteri sementara selepas penggulingan Gaddafi memberitahu televisyen Mesir semalam: “Ejen asing menyusup ke dalam briged revolusi untuk membunuh Gaddafi.”



Sementara itu, sumber diplomatik di Tripoli memberitahu akhbar Itali, Corriere della Serra, pembunuh asing itu mungkin rakyat Perancis. “Sejak Nato mula menyokong revolusi Libya, yang mendapat sokongan kuat daripada kerajaan Nicolas Sarkozy, Gaddafi secara terbuka mengancam mendedahkan hubungannya dengan bekas Presiden Perancis itu, termasuk wang berjuta-juta dolar yang diberikan untuk membiayai kempen pilihan rayanya pada 2007,” lapor akhbar itu.



Satu sumber di Tripoli berkata: “Sarkozy mempunyai banyak alasan untuk menutup mulut Gaddafi dan ia perlu dilakukan secepat mungkin.” Pandangan itu disokong oleh maklumat yang dikumpulkan oleh penyiasat di Benghazi, bandar kedua terbesar Libya dan tempat revolusi ‘Kebangkitan Arab’ menentang Gaddafi bermula pada awal 2011.



Bekas Ketua Perhubungan Awam Majlis Peralihan Libya, Rami El Obeidi berkata, dia tahu Gaddafi dijejaki menerusi sistem telekomunikasi satelit ketika pemimpin itu berbual dengan Presiden Syria, Bashar al-Assad. Pakar Nato berjaya mengesan komunikasi antara mereka dan menjejaki Gaddafi di bandar Sirte, tempat dia dibunuh pada 20 Oktober 2011. Jet Nato menyerang konvoi Gaddafi sebelum pemberontak mengheretnya keluar dari sebuah longkang, tempat dia bersembunyi dan kemudian menjadi sasaran serangan ganas. 



Sumber:H.m

Kasihnya seorang ibu berkorban nyawa demi anaknya...




Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (
seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut

Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.


Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh. “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...By: Dominique Padua Balaba

Tanda2 anda diganggu oleh mahluk halus atau jin.....AWAS!!!!!!!!




Dulu sewaktu aku sek rendah,aku selalu mengalami mimpi2 spt di bwh ni,igtkn cme mimpi bese2 la an,sekali ble bwk g berubat, rupe2nye aku dah terkene gangguan mahluk halus ni, maka aq pn disuruhla wt cara2 tok tertentu tok menghalau mahluk halus ni dr badan aq,aq kne sediakan sekor ayam hutan ni,dan lakukan spt yg disuruh oleh bomoh 
tu, xlme selang beberape hari lepas tuh,ayam tu pn mati..mengikut pandangan aq,mgkn bomoh tu da pndahkan jin yg kt bdn aq kt ayam ue, kesian ayam ue,wlo ap pn alhamdulillah aq xd pape mse ue..[true story by admin]


a) Tanda-Tanda Ketika Tidur:
-Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah.
-Mudah terjaga pada waktu malam dalam keadaan takut.
-Mimpi melihat sesuatu yang menghimpitnya lalu ia meminta 
pertolongan tetapi tidak berdaya.
-Mimpi buruk yang menakutkan.
-Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, 
singa, tikus dan sebagainya.
-Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
-Bunyi gigi begetar/berlaga ketika tidur.
-Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
-Berdiri dan berjalan ketika tidur.
-Bermimpi berada di tempat yang sunyi.
-Bermimpi berada di kawasan kotor, tempat sampah dan kawasan 
perkuburan.
-Mimpi melihat makhluk halus.
-Mimpi melihat salib atau gereja.
-Mimpi bertemu paderi atau berada di tempat ibadah mereka.
-Mimpi melihat budak kecil. Berjaga-jaga kalau bermimpi menyusui 
budak kecil dan kita merasakan terlalu sayang kepadanya.
-Mimpi benda tajam dan miang seperti pisau, paku, miang buluh 
dan sebagainya (tanda santau).

b) Tanda-tanda Ketiga Jaga:
-Sering lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
-Hilang ingatan (Gila).
-Hilang semangat apabila sampai ketempat kerja.
-Lesu dan malas.
-Sesak nafas apabila masuk waktu asar hingga ke malam.
-Rasa sakit pada sebahagian anggota badan.
-Sakit di bahagian belakang badan terutamanya tulang belakang.
-Lenguh sendi-sendi.
-Melihat sesuatu yang pelik.
-Ketumbuhan yang sukar diubati (kanser).
-Terasa seolah-olah memijak telur atau batu dibahagian tapak kaki.
-Mudah panik bila berhadapan dengan masalah.
-Jiwa lemah dan mudah mengalah.
-Selalu mengantuk.
-Sering pening dan perubatan moden tidak dapat mengesan 
penyakit tersebut-
-Mudah marah dan panas baran.
-Hilang darah.
-Agresif dan bertindak liar.

Jom kenali diri kita melalui rahsia Tarikh Lahir.........




Tarikh lahir kita menerangkan siapa kita, apakah kelebihan kita dan apakah kebolehan kita. Ia juga menunjukkan apakah yang harus kita pelajari dan cabaran yang perlu kita hadapi. Untuk mengetahui nombor lahir kita, kita boleh mencampurkan nombor-nombor tarikh lahir kita sehingga ianya menjadi satu nombor tunggal. Nombor lahir kita tidak me
njadi penghalang kepada kita untuk kita menjadi apa yang kita inginkan ianya hanya sekadar mempelbagaikan pilihan yang kita ada...

Contoh: 

12 April 1974 
12 + 4 + 1974 = 1990 
1 + 9 + 9 + 0 = 19 
1 + 9 = 10 
1 + 0 = 1 (Jadi nombor lahirnya ialah 1) 
30 ogos 1981 
30+8+1981=2019 
2+0+1+9=12 
1+2=3( jadi number laHIR ADALAH 3) 
Keterangan nombor lahir 

1. Ketulenan 
Hadir dengan idea baru. Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri. Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi. Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka. Perkara yang perlu dipelajari: Idea dan pendapat yang lain mungkin baik atau lebih baik. Berfikirlah secara terbuka. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 1: Abe, Tom Hanks, Robert Redford, Hulk Hogan,Coral Burnett, Wynona Judd, Nancy Reagan, Requel Welach 

2. Pendamai 
Dilahirkan sebagai diplomat. Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri. Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati. Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi. Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2:
President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg,Thomas Edison,Wolfgang 
Amadeus Mozart. 


3. Ceria 
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik. Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding. Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya. Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik. Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 3: Alan Alda, Ann Landers, Bill Cosby, Melanie Griffith, Salvador Dali, Jody Foster 

4. Konsevatif 
Golongan ini sangat peka dan tradisional. Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin. Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan. Mereka suka bekerja keras dan sangguh melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil. Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 4: Neil Diamond, Margaret Thatcher, Arnorld Schwarzenegger, Tina Turner, Paul Hogan 

5. Perintis 
Mereka adalah perintis. Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm). Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasiyang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti. Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 5: Abraham Lincoln, Chorlotte Bronte, Jessica Walter, Vincent Van Goh, Bette Midler, Helen Kellar dan Mark Hamil. 

6. Romantik 
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. Mereka sangat setia dan boleh menjadi guru yang terbaik. Mereka suka seni musik. Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius. Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 6: Albert Einstein, Jane Saymour, John Denver, Merly Streep, Christopher Columbus, Goldie Hawn 

7. Intelektual 
Golongan ini adalah Pencari. Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah. Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka. Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan. Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian. Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Mereka sangat suka berahsia. Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 7: William Shakespeare, Lucille Ball, Micheal Jackson, Joan Baez, Princess Diana 

8. Penyelesaian 
Golongan ini adalah penyelesaian masalah. Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas. Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik. Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua. Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain. Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 8: Edgar Cayce, Barbra Streisand, George Harrison, Jane Fonda, Pablo Picasso, Aretha Franklin, Nostrodamus. 

9. Pelakon 
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain. Mereka sangat penyayang dan pemurah. Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka. Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka. Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran. Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang. 

Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 9: Shirley MacLaine, Harrison Ford, Gloria Steinem, Jimmy Carter, Elvis Presley

Fakta menarik tentang mahluk bernama MAT REMP-IT




Istilah:
-Wheelie - menunggang laju sambil mengangkat tayar di bahagian 
depan.
-Wikang - menunggang sambil mengangkat tayar di bahagian 
belakang.
-Scorpion - menunggang motosikal sambil kaki menghala di 
bahagian atas.
-Superman - menunggang laju sambil terbaring persis aksi 
superhero, Superman.
- Pereng/corner - bahagian meletak kaki bergesel di jalan raya 
ketika menunggang di selekoh. 


Apa yg menariknyer??::
1.Jurutera yg hebat=mereka boleh mengubah suai apa yang telah 
dicipta oleh para engineer yang di iktiraf berdasarkan idea2 
mereka yang kreatif,moto yang limit 120km/h diorang boleh buat 
jadi 200km/h,tp ble rece dgn superbike,mkn asap jela 
nyah....haha
2.Pejuang yg hebat=mereka boleh dikatakan seorang pejuang di 
medan perang,cuma yang membezakan mereka adalah tempat 
mreka berjuang jika dibandingkan dengan pejuang palestin.
3.Pandai bergaya..hah..kalau korang tengok cerita2 mat rempit nie 
mereka cam ada syle lah jugak pakaian..yang branded 
jugak,yela kan imej kena jaga..maklumlah..ada aweks
4.Bersemangat waja=contoh kalau diorang nak race then kalah 
mereka tak kan patah semangat malah akan repeat race tersebut 
sampai menang…boleh tengok dalam filem..kat luar pun 
biasa..kalau diubah semangat tu untuk benda yang berfaedah 
macam stdy kan bagus..
5.mereka ada hari2 mat rempit sedunia=kalau kat terengganu 
nie kalau malam merdeka ke,malam raya ke,malam tahun baru 
ke pasti mat2 rempit berpesta,macam diorang sambut hari mat 
rempit sedunia,meriah,tapi disambut dengan cara salah..kan 
bagus malam raya g wt ketupat sne ke..hehe
6.Daya ingatan yg kuat=yg nie best kalao dalam filem kan diowg 
mesti cakap kita start sini,masuk dataran merdeka..bla..blaa..
patah balik sini..hah..kuat daya ingatan diorng kan..hahaha..kalau 
hafal untuk kebaikan tak pe jugak seperti jadi pemandu 
pelancong.
7.Mempunyai semangat setiakawan yg tggi=kalau korang tgk kan 
kalau member2 tengah race bagus jek mereka sokong kan,
support habes rakan yang tengah race uh
8.Banyak pelapis=kalau korang tengok skang dak2 kecik dah 
pandai nak race2 nieh,adoi,mak bapak bagi motor suh pegi 
skolah dia buat rempit,ish3 kn bgs lw dyowg jd pelapis tok wakil 
moto GP negara ke an,ag bgs...
9.Panglima perang yg hebat=cbe korg tgk,mat rempit2 ni lw 
gdoh,abs sume dy bwk kuar,pedang 
samurai,parang,sabit,pisau,n mcm2 ag,nsb bekla dyowg ni
xreti bwt bom,lw x g gdo pky bom je..haha

Byk ag pasal mat rempit yg kita blh tahu,korg cr la sndr ea,,,haha:p

KISAH LEE JO YEE SEORANG PENGANUT KRISTIAN MENDAPAT HIDAYAH DAN MEMELOK ISLAM.




KISAH LEE JO YEE,SEORANG REMAJA PEMPUAN YANG BERAZAM MEMBAWA RAKAN2 ISLAMNYA MENGANUT KRISTIAN AKHIRNYA MENDAPAT HIDAYAH DAN MEMELOK ISLAM.....

Lee Jo Yee merupakan gadis cina Kristian yang memeluk Islam ketika berumur semuda 17 tahun. Beliau tiada nama Islam kerana sekarang seseorang muallaf sudah tak perlukan tukar nama dengan nama Islam, dan hanya perlu ber ‘binti’ kan kepada Abdullah serta ta
k perlu tukar bangsa, maka namanya kekal Loo Jo Yee binti Abdullah.

Beliau telah masuk Islam ketika masih berusia 17 tahun, disebabkan di Malaysia mempunyai undang-undang untuk memeluk agama Islam bermula 18 tahun sahaja. Jadi, beliau terpaksa menangguhkan dulu permohonan.

Sebelum memeluk Islam, beliau merupakan seorang pengamal agama Kristian yang sangat taat. Beliau juga ketika itu bakal dilantik menjadi seorang paderi perempuan pertama di sebuah gereja. Keluarga Jo Yee juga merupakan pengikut agama kristian yang kuat. Disebabkan itu, keluarga beliau sangat membantah hingga menganggap masuk Islam adalah sangat menghinakan bagi keluarganya.


Lee Jo Yee mendapat hidayah melalui dua peristiwa yang menarik.:
1)beliau mempunyai ramai rakan-rakan yang beragama Islam. 
Oleh itu, mereka telah berdebat tentang agama masing-masing. 
Ketika itu, beliau bermatlamat untuk membawa rakan-rakan Islam 
untuk masuk agama Kristian. Namun untuk berdebat dengan 
rakan-rakan, beliau telah mengkaji al-quran, membaca kisah Nabi 
Muhammad s.a.w dan mengkaji kemunculan Islam untuk mencari 
kelemahan Islam. Semakin beliau mengkaji, semakin lama beliau 
mula tertarik dengan ajaran Islam. Beliau sendiri mengaku 
bahawa di dalam Bible banyak perkara yang telah diolah hingga 
menyimpang dari perkara sebenar. 

Oleh itu, Jo Yee mengkaji Islam dengan lebih mendalam untuk 
mencari perkara yang sebenar. Dengan itu, beliau telah mendapat 
ketenangan jiwa ketika membaca al-quran. Itu adalah hidayah 
pertama Loo Jo Yee.

2)ketika beliau menghidap mendapat penyakit thyroid di bahagian 
leher. Doktor mengesahkan 90% besar kemungkinan adalah 
penyakit tersebut. Beliau merasakan ini adalah penamat bagi 
kehidupan beliau walaupun masih muda.

Rakan-rakan Islam Jo Yee telah banyak memberi semangat 
kepada beliau untuk cuba berdoa kepada Allah taala. Beliau cuba 
dengan menadah tangan, menangis dan hanya berserah kepada 
Allah.Keesokan harinya, ketika beliau menjalani medical check-up, 
doktor mengesahkan penyakit itu bukan kanser. Disebabkan itu, 
beliau yakin dengan kuasa Allah taala dan pada waktu itu juga la 
beliau mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah.. Allahuakhbar!

Lee Jo Yee berasa hiba kerana beliau berasa telah dipilih Allah 
untuk mendapat hidayah ketika berumur 17 tahun sedangkan 
remaja yang seusia beliau sibuk bersuka-ria hingga tersasar di 
jalan Allah.

Banyak dugaan yang beliau terima selepas bergelar muallaf, hingga dipulaukan rakan-rakan sendiri dan keluarga tercinta. Beliau sangat bersyukur kerana mendapat keluarga angkat di Ipoh yang mengambil berat terhadap beliau. Jo Yee berharap selepas ini dia berpeluang untuk berdakwah kepada remaja-rakan yang seusia dengan cara tersendiri.

Adakah wanita berkerja penyebab penceraian??




Wahai wanita berkerjaya,adakah anda penyebab penceraian??Jom baca nih... 

Orang ramai mengadu dan berkeluh kesah tentang kes cerai yang semakin tinggi di bandar-bandar besar dan ibu kota. Kita seharusnya ingat bahawa kehidupan rumahtangga itu bukanlah penjamin kehidupan bahagia sebaliknya ia cuma sebagai wadah dan peralatan untuk mendapatkan bahagia. Kita harus pandai memanfaatkan peralatan dan p
eluang berikut untuk memberikan buah dan hasilnya bukan sekadar menanti pucuk dicita dan ulam mendatang dengan begitu sahaja. Ibarat kereta yang mahal sekalipun adalah tidak berguna jika tidak dapat dipandu dengan baik.

Isteri sibuk, suami busy. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 6. 45 pagi tetapi wanita-wanita yang bekerjaya sudah pun bertolak keluar dari rumah-rumah mereka memandu seorang diri dan memecut laju ke tempat kerja.

Persoalannya:
-apakah mereka semua ini sudah bersarapan sebelum keluar dari 
rumah ? 
-Apakah para isteri dan wanita ini sudah pun siap sedia 
menyiapkan sarapan dan makanan buat suami dan anak-anak 
mereka ?
-Apakah sebelum keluar didahului dengan salam dan ciuman mesra 
kepada suami dan anak-anak yang tercinta ? Atau keluar dengan 
tergesa-gesa kerana mahu mengejar masa sedangkan suami 
masih nyenyak terbaring di atas tilam yang selesa ?
-Anak-anak ke sekolah siapa yang mempersiapkan mereka ?

Pakaian mereka penuh berketerampilan, menawan dan bergaya demikianlah yang boleh digambarkan.Namun janganlah terlalu bergaya sehinggakan mampu menaikkan ghairah para lelaki di tempat kerja.Make-up dan wangian yang dipakai ke badan pula haruslah jangan sampai terhidu atau dapat menarik pandangan dari mata kaum lelaki yang memandang. Sekali pandang hukumnya harus tetapi jika kerap memandang maka hukumnya sudah pun jatuh haram.

Cantik di luar tetapi buruk di dalam:
-Kenapa harus cantik diluar tetapi buruk di dalam rumah ? Suami 
dan anak-anak hanya mendapat layanan kelas kedua apabila isteri 
dan ibu yang pulang ke rumah berada dalam keadaan masam dan 
kusam. Layanan itu pun tidak dapat dinikmati sepenuhnya pula 
kerana badan sudah penat dan mahukan kerehatan.
-Apa yang suami dan anak-anak anda dapat setiap bulan ?
-Gaji isteri yang lumayan ?

Status isteri hanya pada nama:
-Ramai orang kini bergelar isteri hanyalah sekadar pada nama dan 
pangkat rasmi dalam jemputan-jemputan majlis. Ini kerana wanita 
itu hanya bersama suaminya sewaktu datang dalam majlis rasmi 
sebagai suami isteri 
-Manakala tugasan seorang isteri yang lazim seperti memasak 
bukan dilakukan olehnya, mengemas rumah bukan dibuat olehnya, 
melayani makan dan pakai suami dan anak-anak pun tidak 
dilaksanakan sepenuhnya.

Habis siapa yang membuatnya ?
-Siapa lagi kalau bukan wanita pembantu rumah upahan daripada 
Indonesia, petani dan filiphina.
-Tanggungjawab rumahtangga bukan sekadar mengambil tahu dan 
peduli tetapi memikul dan melaksanakannya oleh diri dan usaha 
tenaga anda sendiri.

Sudahkah anda melakukan semuanya itu ?
Sabda Rasulullah Salallahualaihiwassalam yang bermaksud : “Aku menjenguk ke dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang miskin dan aku menjenguk dalam neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Kehebatan tubuh badan manusia yang patut kita tahui...



1. Jika semua saluran urat darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi Jalan Raya sepanjang 96,000. Kilometer.

2. Saraf ditubuh badan manusia dapat menghantar impuls kira-kira 90 Meter sesaat.

3. Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan, ia boleh memenuhi kawasan seluas 9.2 Meter persegi.

4. Manusia akan hilang sebanyak 50 Peratus deria rasa pada usia 60 tahun.

5. Setiap langkah kehadapan anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.

6. Orang lelaki mudah mendapat buta warna, 10 kali ganda berbanding wanita.

7. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

8. Apabila sesaorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur akan keluar dalam tempoh seminit, iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

9. Secara purata sesaorang itu minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

10. Manusia hanya menggunakkan 10 peratus daripada otaknya untuk berfikir.

11. Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfangsi termasuk jantung.

12. Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

13. Badan manusia mengandungi sulfur yang cukup untuk membunuh kutu anjing, karbon untuk membuat 9,000 batang pensel, potassium, lemak untuk membuat 7 ketul sabun, fosforus untuk membuat 2,200 batang kepala mancis dan air untuk mengisi tangki sebanyak 37 liter.

14. Ketika mulut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan, ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin, manis, masam dan sebagainya.

15. Apabila anda mengecam muka sesaorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan.

16. Pada retina mata, terdapat lebih 100 juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya.

17. Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu.

18. Secara purata kita menuturkan 30,000 perkataan sehari, mengambil masa selama 3 jam 30 minit. Ini bererti dalam tempoh 1 jam kita menyebut 9,000 perkataan yang ada.

19. Jika anda terkurung didalam bilik yang kedap udara, anda akan mati kerana keracunan karbon dioksida bukan kerana kekurangan oksigen seperti yang disangkakan.

20. secara purata setiap orang makan 51 kilogram bahan perasa temasuk gula dan garam setahun.