Aura lagu Teman Pengganti nyanyian Black ft Malik




Sejak kebelakangan ni, aku rasa makin menjadi-jadi pulak aura lagu teman pengganti ni. Mana-mana aku pergi mesti ada je yang nyanyi lagu ni, law tak nyanyi pun ada yang wt call ringtone or message ringtone. Tapi pandangan peribadi aku sendiri la an, lagu ni mang THE BEST. Dia bukan sebab lagu ni je best, tp sbb penyanyi dia pun best gak iaitu BLACK. 


Aku salah seorang peminat black. Pada aku dia ni seorang penyanyi yang bagus n tak sombong. Kalau korg perasanla an, dia ble ad show kat mana2 dy mst akn turun dari pentas n nyanyi sama2 dengan penonton. And dia jugak sorg yg murah dengan senyuman. Dari segi nyanyian  pulak aku rasa, dia adalah satu2nyer penyanyi yang mmpunyai sore rock, tp bile dia tarik pitch yg tggi vokal dy lgsg xlari...tol x??...itu just pandangan je la an,xtaula pndgn korg cmne..


Ada khabar angin mengatakan yang intro lagu teman pengganti ni di ciplak dari lagu Noorkumalasari masa zaman dulu2. Komposer yang mencipta lagu ni ialah Malik sendiri. Timbul kekecohan sekejap yang malik ni x mintak kebenaran dari pemegang hak cipta asal lagu ni iaitu Warner Music. Tapi setelah di kaji dan di siasat. Ianya xmenjadi kesalahan sebab melodi yang malik tiru tu xmelebihi daripada lapan bar. aku pun xtahu benda alah lapan bar tu, tp wat2 phm jela ea..haha

Disebabkan da minat an, so hampir 80% lagu ni aq dah hafal. So pada korg yang minat lagu ni, aq sertakan lirik lagu ni yg full kt sini:

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan

Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertakhta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama

Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

Rahsia ini
Telah lama aku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya

Kuceritakan

Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadiir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus kusingkap
Kusorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang kupuja
Kau terisitmewa tapi dia yang sempurna

*ulang rangkap 6

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman susuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti

Bilik dah kukemas, katil dah kurapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki

Moga-moga cukup untuk majlis tu nanti


Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti