Adakah wanita berkerja penyebab penceraian??




Wahai wanita berkerjaya,adakah anda penyebab penceraian??Jom baca nih... 

Orang ramai mengadu dan berkeluh kesah tentang kes cerai yang semakin tinggi di bandar-bandar besar dan ibu kota. Kita seharusnya ingat bahawa kehidupan rumahtangga itu bukanlah penjamin kehidupan bahagia sebaliknya ia cuma sebagai wadah dan peralatan untuk mendapatkan bahagia. Kita harus pandai memanfaatkan peralatan dan p
eluang berikut untuk memberikan buah dan hasilnya bukan sekadar menanti pucuk dicita dan ulam mendatang dengan begitu sahaja. Ibarat kereta yang mahal sekalipun adalah tidak berguna jika tidak dapat dipandu dengan baik.

Isteri sibuk, suami busy. Jam di tangan baru menunjukkan pukul 6. 45 pagi tetapi wanita-wanita yang bekerjaya sudah pun bertolak keluar dari rumah-rumah mereka memandu seorang diri dan memecut laju ke tempat kerja.

Persoalannya:
-apakah mereka semua ini sudah bersarapan sebelum keluar dari 
rumah ? 
-Apakah para isteri dan wanita ini sudah pun siap sedia 
menyiapkan sarapan dan makanan buat suami dan anak-anak 
mereka ?
-Apakah sebelum keluar didahului dengan salam dan ciuman mesra 
kepada suami dan anak-anak yang tercinta ? Atau keluar dengan 
tergesa-gesa kerana mahu mengejar masa sedangkan suami 
masih nyenyak terbaring di atas tilam yang selesa ?
-Anak-anak ke sekolah siapa yang mempersiapkan mereka ?

Pakaian mereka penuh berketerampilan, menawan dan bergaya demikianlah yang boleh digambarkan.Namun janganlah terlalu bergaya sehinggakan mampu menaikkan ghairah para lelaki di tempat kerja.Make-up dan wangian yang dipakai ke badan pula haruslah jangan sampai terhidu atau dapat menarik pandangan dari mata kaum lelaki yang memandang. Sekali pandang hukumnya harus tetapi jika kerap memandang maka hukumnya sudah pun jatuh haram.

Cantik di luar tetapi buruk di dalam:
-Kenapa harus cantik diluar tetapi buruk di dalam rumah ? Suami 
dan anak-anak hanya mendapat layanan kelas kedua apabila isteri 
dan ibu yang pulang ke rumah berada dalam keadaan masam dan 
kusam. Layanan itu pun tidak dapat dinikmati sepenuhnya pula 
kerana badan sudah penat dan mahukan kerehatan.
-Apa yang suami dan anak-anak anda dapat setiap bulan ?
-Gaji isteri yang lumayan ?

Status isteri hanya pada nama:
-Ramai orang kini bergelar isteri hanyalah sekadar pada nama dan 
pangkat rasmi dalam jemputan-jemputan majlis. Ini kerana wanita 
itu hanya bersama suaminya sewaktu datang dalam majlis rasmi 
sebagai suami isteri 
-Manakala tugasan seorang isteri yang lazim seperti memasak 
bukan dilakukan olehnya, mengemas rumah bukan dibuat olehnya, 
melayani makan dan pakai suami dan anak-anak pun tidak 
dilaksanakan sepenuhnya.

Habis siapa yang membuatnya ?
-Siapa lagi kalau bukan wanita pembantu rumah upahan daripada 
Indonesia, petani dan filiphina.
-Tanggungjawab rumahtangga bukan sekadar mengambil tahu dan 
peduli tetapi memikul dan melaksanakannya oleh diri dan usaha 
tenaga anda sendiri.

Sudahkah anda melakukan semuanya itu ?
Sabda Rasulullah Salallahualaihiwassalam yang bermaksud : “Aku menjenguk ke dalam syurga dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah orang miskin dan aku menjenguk dalam neraka dan aku melihat kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)